Wednesday, March 31, 2010
Ulamak tiada kuasa vs ulamak ada kuasa
Friday, March 26, 2010
Jom Heboh Kelantan: Satu contoh karnival yang berunsurkan dakwah
Wednesday, March 24, 2010
Fikrah Islamiah: Bayi yang dibuang perlu diselamatkan
Monday, March 22, 2010
Statistik anak luar nikah di malaysia
Sejak akhir2 ini Isu melibat kn anak Luar Nikah semakin menjadi-jadi seolah-olak pihak yang berwajib tidak melaksanakan tanggungjawab mereka segingga menyebabkan perkara ini terus berlaku, malah ianya semakin parah dan meningkat saban hari, oleh kerana kes ini menjadi semakin teruk dan melibat kan semua pihak disini aku ingin menunjukkan statistik kes anak Luar nikah yang berlaku di negara ini untuk sama-sama kita renungkan betapa parahnya kes anak luar nikah yang berlaku di negara kita.
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
sumber: http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI75
Siapakah yg harus dipersalahkan??
Kesimpulan nya semua pihak perlu mengambil sirius kejadian yang berlaku ini dan semua pihak harus sedar akan tanggungjawab masing-masing dan janganlah asyik menuding jari ke satu pihak sahaja, semua pihak terutamanya kerajaan harus lah sedar apa yang berlaku ini adalah musibah dari Allah S.W.T diatas kecuaian kita melaksanakan amanah Allah mengikut kehendaknya, oleh itu tiada Jalan lain melainkan sisitem pemerintahan yang ada di negara kita khas nya perlu kembali kepada sistem pemerintahan Islam sebagaimana yang dituntuk didalam Al-Quran dan As-Sunnah jika ingin melihat negara dan rakyatnya hidup aman dan Selamat, Wallahua'alam
Friday, March 19, 2010
Dunia di Penghujung Nyawa
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Adakah KIAMAT sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari
JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..
22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui
internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan
banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta
sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak
berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada
makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan
amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan
anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.
Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang
mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum
arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,
mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku
kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang
melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah
(iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka
berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan
jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu
membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah
senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang
sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Bukti Dunia Di Penghujung Nyawa
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1
diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari ~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim ~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.. ~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'. ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...
10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok....
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim
sebagai Manusia yang beriman dengan hari akhirat perlulah kita mempercayai dan peka akan kewujudan tanda- tanda tersebut supaya kita lbh bersedia dengan bekalan untuk menempu alam akhirat kelak dan di harapka agar jangan lah kita percaya dengan ramalan tentang bila berlaku nya haria kiamat kerana ini akan menjerumus kita menjadi syirik kpd Allah, cukup lah sekadar kita meyakini akan berlakunya kiamat dan perlulah bersiap sedia untuk menghadapi nya, Wallahua'alam
Tuesday, March 16, 2010
Rahsia di sebalik FB
Ramai juga mereka yang berjiwa Islam menggunakan facebook sebagai salah satu medium media maya mereka. Cuma yang kurang menyenangkan ialah facebook itu rupa-rupanya kepunyaan Mark Zuckerberg, seorang Yahudi. Ia bukan hanya seorang Yahudi biasa tetapi artikel berikut (yang dipetik dari sumber lain) boleh menceritakan lebih lagi tentangnya.
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008?, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti… 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya . 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B’inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Aku pos artikel ini untuk memberitahu kalian semua dan juga aku yang dah guna FB supaya kita perlu lebih berhati2 mengguna kan web sosial ini, dan sekiranya korang tidak mahu release facebook korang maka menjadi kewajiban untuk kita semua menggunakannya untuk kearah kebaikan dan berdakwah menyeru kebenaran kpd rakan FB kita dan jangan lah gunakan FB ni untuk benda2 maksiat dab negatif yang tidak berfaedah serta membuang masa korang je, mogo2 kebaikan yang kita lakukan kerana Allah disertai dengan niat yang ikhlas untuk menggunakan FB akan diampunkan Allah kerana kita menggunakan product yahudi laknatullah yang sedikit sebanyak hasil dari penggunaan nya akan membantu musuh Islam ini, kesimpulannya kita perlulah menggunakan teknology yang kebanyakannya dari yahudi untuk menyerang semula secara hikmah terhadap apa yang telah mereka lakukan kepada orang Islam, tepuk dada tanyalah iman masing2, lu pikir la sendiri, kahkahkah
Monday, March 8, 2010
Agama dan Politik di pisah atau diapit?
Dalam al-Quran tiada cerita pasal politik.”
Mungkin ini antara kata-kata yang pernah kita dengar atau pernah kita terdengar daripada tokoh-tokoh politik Malaysia. Keluhan demi keluhan dapat saya dengari di sekeliling saya apabila suara-suara ini berkumandang dalam pelbagai medium. Saya tidak tahu mana silapnya kita semua dalam memahami konsep politik dan agama.
Adakah kita memang tidak pernah diajar mengenai agama sejak dari bangku sekolah?
Tidak mungkin.
Adakah kita terlalu sensitif atau proaktif apabila membincangkan isu ini secara umum?Sehinggakan pelbagai peraturan dan sekatan dilakukan bagi menyekat pencambahan ilmu dalam bidang politik di kalangan para pelajar khususnya mahasiswa.
Jika begitu apa yang boleh dibincangkan? Setelah pintu untuk memahami secara ilmiah konsep politik ditutup rapat-rapat.
Selain itu, dengan mengenakan syarat bahawa perbincangan tentang politik boleh dibahaskan, tetapi hanya berputar pada skop yang kecil dan yang ‘baik-baik’ saja, maka adakah itu dipanggil wacana ilmiah?
Sedangkan kita tahu dunia politik ada pelbagai ragam dan recam.
Berbalik kepada isu di atas iaitu adakah agama dan politik ini dibataskan, saya mahu mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak tentang perkara ini.
Adakah agama tidak ada tempat dalam politik dan politik itu hanya untuk orang-orang yang bukan beragama?
Saya tidak pasti adakah persoalan ini sesuai untuk ditanya ataupun tidak tetapi pada hemat saya, pemikiran atau ideologi untuk memisahkan politik dengan agama adalah sesuatu yang pelik dan jumud.
Hanya mereka yang tidak beragama sahaja memisahkan dua pentas ini dari kehidupan. Sejarah membuktikan bahawa pemisahan ini adalah inisiatif daripada golongan anti-gereja. Kekecewaan mereka terhadap penguasa gereja yang hanya bertumpu dan berkisar kepada urusan keagamaan sehinggakan melupakan kemajuan dari segi politik dan pembangunan membawa kepada pemberontakan. Setelah beratus tahun peristiwa itu berlaku, ia berulang kembali dalam abad-abad yang moden ini.
Pemisahan antara politk dan agama amat ketara. Ulama’ yang muktabar pandangan-pandangan mereka terhadap politik tidak pernah diambil peduli. Tidak seperti semasa zaman kegemilangan Islam, Ulama’ dan Umara’ memainkan peranan yang besar dalam pembentukan negara yang aman dan maju.
Kaedah siasah (politik) Islam mula dianggap tidak sesuai untuk zaman moden yang mencabar ini. Mereka menoleh ke belakang mencari kaedah-kaedah lama yang ditinggalkanMachiveli, Marxism dan lain-lain bagi perjalanan politik mereka. Negara-negara Islam yang mengikut corak politik kotor dan ‘tidak peduli’ tanpa berlandaskan tuntutan agama sudah mula kelihatan. Parti-parti yang di dalamnya terdapat Muslim, bercakaran sesama sendiri kerana perbezaan yang kecil. Persamaan dalam sudut akidah mula diketepikan dan nasihat-nasihat yang baik dari pihak lawan ditinggalkan kerana takut. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika kita boleh duduk semeja dan berbincang semeja dengan orang yang bukan seakidah, tetapi kenapa kita tidak boleh duduk semeja untuk membincangkan kebaikan bersama di kalangan seakidah? Itulah yang terjadi apabila agama dan politik dipisahkan sejauh selat Tebrau. Mana mungkin negara diberkati Allah.