Sudah
seminggu berlalunya PRU 13 yang mencatatkan sejarah antara PRU paling PANAS dan
KOTOR dari segi ketelusan dan integriti dalam proses demokrasi yang
dilaksanakan di Malaysia, sekali lagi BN Berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan
dengan majoriti mudah di Parlimen dan berjaya menawan semula negeri Kedah
daripada PR juga dengan majoriti mudah dan inilah rialiti perjuangan yang zalim
akan terus berkuasa sekiranya perjuangan dipihak yg benar belum lagi memenuhi
syarat kemenangan sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T. sesunggunya janji
Allah itu benar sebagaimana firmannya dalam surah At-Taubah:
öqs9
tb%x.
$ZÊ{tã
$Y7Ìs%
#\xÿyur
#YϹ$s%
x8qãèt7¨?^w
.`Å3»s9ur
ôNyãèt/
ãNÍkön=tã
èp¤)±9$#
4
cqàÿÎ=ósuyur
«!$$Î/
Èqs9
$oY÷èsÜtFó$#
$uZô_tsm:
öNä3yètB
tbqä3Î=ökç
öNåk|¦àÿRr&
ª!$#ur
ãNn=÷èt
öNåk¨XÎ)
tbqç/É»s3s9
ÇÍËÈ
kalau apa Yang Engkau
serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah
didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya
mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu
jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata:
"Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan
sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah
mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang
tidak sanggupnya mengikutmu)
(At-Taubah,
Ayat :42)
Bila
dilihat kembali secara rialitinya pasca PRU 13, jelaslah bahawa perjuangan
untuk menegakkan keadilan dan menumbangkan kebatilan terutama yang berteraskan
ajaran islam dalam pentadbiran adalah teramat-amat sukar dan memerlukan
kesabaran serta pengorbanan yang tinggi sebagaimana yang dinyatakan Allah S.W.T
dalam Al-Quran yang pasti berlaku sebagaimana yang kita dan golongan terdahulu
alaminya dan kita harus menerima hakikat perjuangan suci yang kita dokongi ini
adalah satu perjuangan yang panjang sebenarnya sebab itulah saya sudah boleh
agak keputusan ini yang akan kita terima dan saya tidak begitu terkejut
dengannya. Walaubagaimana pun, kita harus rapatkan kembali saff perjuangan ini
dan duduk muhasabah balik apa syarat-syarat yang belum kita penuhi untuk
mendapat kemenangan dipihak yang benar dan menyelusuri kembali sirah perjuangan
baginda Rasulullah S.A.W serta ambil ibrah daripadanya.
Antara
perkara yang menjadi isu yang menyebabkan PR belum diizinkan Allah untuk
mentadbir Malaysia adalah kerana orang melayu Islam gagal dalam pentarbiyyahan diri
yang menyebabkan golongan ini tunduk dengan kebendaan hingga sanggup memangkah
parti yang menegakkan kezaliman dan benarlah tarbiyyah itu sangat penting bg
orang Islam yang memberi kesan cukup besar pada hidup dan perjuangan menegakkan
kebenaran yang dibawa oleh Islam. Lihat saja lah berapa ramai yang betul-betul
faham tentang Islam dan dan beriman dengannya serta sanggup berjuang dijalan Allah
S.W.T? Klu pendokong Islam sendiri pun masaih lagi tidak mempunyai Fikrah
perjuangan yang jelas, bagaimana dia boleh mentarbiyyahkan orang lain dengan
berkesan berdasarkan kefahaman dan kemampuan yg dimiliki?
Disebabkan
kefahaman agama dan pentarbiyyahan masih lagi kurang dikalangan orang melayu
islam khususnya, maka datang lah ujian yang berbentuk kebendaan dari golongan
zalim yang ingin memenuhi kepentingan politik mereka sahaja, disebabkan
kejahilan, maka golongan dipedalaman senang disogok dengan wang, beras, gula
dan sebagainya, disebabkan kejahilan juga lah ada yg tertipu dengan baiah(sumpah
laknat) yang dimainkan oleh golongan yg x bertanggungjawab ini dan disebabkan
inginkan kedudukan/jawatan yg tinggilah maka masih ada yang sanggup gadaikan
maruah agama dengan menyertai golongan ini untuk mendapatkan kedudukan didunia
yg fana ini. Inilah hakikat politik wang/material yg berjaya mengaburi umat
melayu islam di Malaysia.
Kesimpulan
dari apa yg berlaku ini adalah betapa pentingnya seseorang individu muslim
perlu menjalani proses pentarbiyyahan Islamiyyah yang betul dan berterusan
supaya kita akan yakin diatas landasan perjuangan yang benar hanyalah perjuangan
Islam serta tidak mudah goyah dengan mehnah dan tribulasi yg datang kepada kita. Ingat, sekiranya kaum tersebut tidak mahu kepada kebenaran maka Alla akan gantikan kaum tersebut dengan kaum yang lebih baik yang mana mereka itu cintakan kebenaran dan keadilan sebagaimana yang Islam mahukan, jadi jangan marah sekiranya orang cina lebih ramai menyokong PR sekarang kerana mere lebih berintgriti dan nampak akan keadilan Islam berbanding orang melayu yang mengaku dirinya Islam. Fikir-fikirkan, Wallahua'lam.