Tuesday, May 14, 2013

Politik Tarbiyyah Vs Politik Kebendaan


Sudah seminggu berlalunya PRU 13 yang mencatatkan sejarah antara PRU paling PANAS dan KOTOR dari segi ketelusan dan integriti dalam proses demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia, sekali lagi BN Berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan dengan majoriti mudah di Parlimen dan berjaya menawan semula negeri Kedah daripada PR juga dengan majoriti mudah dan inilah rialiti perjuangan yang zalim akan terus berkuasa sekiranya perjuangan dipihak yg benar belum lagi memenuhi syarat kemenangan sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T. sesunggunya janji Allah itu benar sebagaimana firmannya dalam surah At-Taubah:

öqs9 tb%x. $ZÊ{tã $Y7ƒÌs% #\xÿyur #YϹ$s% x8qãèt7¨?^w .`Å3»s9ur ôNyãèt/ ãNÍköŽn=tã èp¤)±9$# 4 šcqàÿÎ=ósuyur «!$$Î/ Èqs9 $oY÷èsÜtFó$# $uZô_tsƒm: öNä3yètB tbqä3Î=ökç öNåk|¦àÿRr& ª!$#ur ãNn=÷ètƒ öNåk¨XÎ) tbqç/É»s3s9 ÇÍËÈ 
 
kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)


(At-Taubah, Ayat :42)

Bila dilihat kembali secara rialitinya pasca PRU 13, jelaslah bahawa perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menumbangkan kebatilan terutama yang berteraskan ajaran islam dalam pentadbiran adalah teramat-amat sukar dan memerlukan kesabaran serta pengorbanan yang tinggi sebagaimana yang dinyatakan Allah S.W.T dalam Al-Quran yang pasti berlaku sebagaimana yang kita dan golongan terdahulu alaminya dan kita harus menerima hakikat perjuangan suci yang kita dokongi ini adalah satu perjuangan yang panjang sebenarnya sebab itulah saya sudah boleh agak keputusan ini yang akan kita terima dan saya tidak begitu terkejut dengannya. Walaubagaimana pun, kita harus rapatkan kembali saff perjuangan ini dan duduk muhasabah balik apa syarat-syarat yang belum kita penuhi untuk mendapat kemenangan dipihak yang benar dan menyelusuri kembali sirah perjuangan baginda Rasulullah S.A.W serta ambil ibrah daripadanya.

Antara perkara yang menjadi isu yang menyebabkan PR belum diizinkan Allah untuk mentadbir Malaysia adalah kerana orang melayu Islam gagal dalam pentarbiyyahan diri yang menyebabkan golongan ini tunduk dengan kebendaan hingga sanggup memangkah parti yang menegakkan kezaliman dan benarlah tarbiyyah itu sangat penting bg orang Islam yang memberi kesan cukup besar pada hidup dan perjuangan menegakkan kebenaran yang dibawa oleh Islam. Lihat saja lah berapa ramai yang betul-betul faham tentang Islam dan dan beriman dengannya serta sanggup berjuang dijalan Allah S.W.T? Klu pendokong Islam sendiri pun masaih lagi tidak mempunyai Fikrah perjuangan yang jelas, bagaimana dia boleh mentarbiyyahkan orang lain dengan berkesan berdasarkan kefahaman dan kemampuan yg dimiliki?

Disebabkan kefahaman agama dan pentarbiyyahan masih lagi kurang dikalangan orang melayu islam khususnya, maka datang lah ujian yang berbentuk kebendaan dari golongan zalim yang ingin memenuhi kepentingan politik mereka sahaja, disebabkan kejahilan, maka golongan dipedalaman senang disogok dengan wang, beras, gula dan sebagainya, disebabkan kejahilan juga lah ada yg tertipu dengan baiah(sumpah laknat) yang dimainkan oleh golongan yg x bertanggungjawab ini dan disebabkan inginkan kedudukan/jawatan yg tinggilah maka masih ada yang sanggup gadaikan maruah agama dengan menyertai golongan ini untuk mendapatkan kedudukan didunia yg fana ini. Inilah hakikat politik wang/material yg berjaya mengaburi umat melayu islam di Malaysia.

Kesimpulan dari apa yg berlaku ini adalah betapa pentingnya seseorang individu muslim perlu menjalani proses pentarbiyyahan Islamiyyah yang betul dan berterusan supaya kita akan yakin diatas landasan perjuangan yang benar hanyalah perjuangan Islam serta tidak mudah goyah dengan mehnah dan tribulasi yg datang kepada kita. Ingat, sekiranya kaum tersebut tidak mahu kepada kebenaran maka Alla akan gantikan kaum tersebut dengan kaum yang lebih baik yang mana mereka itu cintakan kebenaran dan keadilan sebagaimana yang Islam mahukan, jadi jangan marah sekiranya orang cina lebih ramai menyokong PR sekarang kerana mere lebih berintgriti dan nampak akan keadilan Islam berbanding orang melayu yang mengaku dirinya Islam. Fikir-fikirkan, Wallahua'lam.

No comments: