Tuesday, December 23, 2014

Kejadian Banjir dan Tanah Runtuh satu muhasabah

Firman Allah S.W.T yg bermaksud:

Maka telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di daratan mahupun lautan disebabkan perbuatan tangan2 manusia itu sendiri, Allah menghendaki mereka merasakan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat. (Ar-Rum: 41)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Wbt.
Muta'khir ini sebagaimana yang semua sedia maklum banjir besar telah melanda Pantai Timur semenanjong Malaysia dan ini merupakan antara kejadian banjir terburuk selepas 10 tahun. didalam kita rakyat Pantai Timur khususnya menghadapi banjir yang semakin meruncing ditambah pula dengan kejadian tanah runtuh yang baru menimpa di Grik dan Simpang Pulai Cameron Highland, kita semua harus sedar dan perlu mengambil pengajaran akan terjadinya perkara sebegini buka saja2 Allah takdirkan dan kita harus akui setiap musibah yg menimpa pasti ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan sesuatu bala dan musibah itu terjadi walaupun mereka yang merasainya bukan dikalangan mereka yang melakukan dosa sahaja

Sepatutnya inilah peluang terbaik bagi mereka yang melakukan kerosakan kepada alam secara zahirnya dan melakukan kesalahan kepada Allah secara sembunyi supaya insaf dab bertaubat dengan sebenar-benarnya dan hentikanlah daripada terus melakukan kerosakan dan maksiat kepada Allah kerana musibah itu tidak mengira baik atu jahat pasti semua akan merasa disebabkan hanya sebahagian yang melakukan kerosakan

Akhirnya marilah sama2 kita sedar bahawasanya musibah ini adalah suatu ujian untuk lebih menjadikan kita hambanya yang beriman dan bersempena ambang Krismes dan Tahun Baru 2015 yg bakal menjelang tidak lama lagi eloklah kiranya pihak berkuasa kerajaan menghentikan pesta maksiat yang tiada manfaat pun khususnya pada anak muda, cukuplah sebelum ini anak muda yang beragama Islam menjadi rosak disebabkan program2 yang berunsurkan maksiat seperti ini, bahkan sejarah telah menunjukkan pesta2 sebeginilah yang mengundang bala Allah. Hikmah yang Allah berikan dari peristiwa ini adalah supaya kerajaan sentiasa sedar, peka dan konsisten serta menyeluruh mengadakan sambutan tahun baru dengan pengisian yang tidak melanggar hukum syara'

Friday, July 5, 2013

Sebab Dr Morsi digulingkan

1. mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pendapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.
2. Menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
3. Mmbangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
4. Membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.
5. Membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.
6. Beliau selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.
7. Berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.
8. Beliau mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.
9. Membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.
10. Mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.
11. Berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.
12. Menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan
Kerana perubahan demi perubahan secara mendadak yang bertentangan dengan zaman Mubarak itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisa kroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah hakikat sebenar bilamana seorang pemimpin Islam yang telus berkuasa pasti impak positif dapat dilihat dan dirasai yang menyebabkan musuh-musuh Islam cukup gerun jika Dr Morsi terus dibiarkan berkuasa.
Wallaua'lam
Sumber dari mahasiswa Mesir

Thursday, July 4, 2013

Kejatuhan Morshi: Satu pengkhianatan dan muhasabah kepada umat Islam

Hari ini menyaksikan setelah setahun pemerintahan President Morshi, akhirnya beliau digulingkan oleh pihak tentera  yang merampas kuasa dan meletakkan president Morshi dan pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain dalam tahanan rumah, golongan yang bergembira dengan Kejatuhan President Morshi pastinya saki -baki rejim Mubarak yang terdiri dari golongan Sekular, Liberal, Sosialis, tentera dan lain-lain lagi yang inginkan kuasa dan gerun bila lihat islam naik, lalu mereka pun telah merancang peristiwa yang berlaku pada hari ini dengan merancang sabotaj demi sabotaj ke atas Pemerintahan President Morshi hingga berjaya membuatkan rakyat Mesir percaya yang pentadbiran president Morshi lemah, banyak penyelewengan, tidak menjaga kebajikan rakyat dan sebagainya, akhirnya mereka yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran president Morshi yang baru setahun memerintah sekali lagu cuba membuat protes di jalanan dan membuka ruang kepada pihak tentera untuk menggulingkan President Morshi pula pada kali ini. Lihatlah betapa liciknya permainan golongan sekular dan tentera yang sudah lama bertapak di bumi mesir dengan bantuan Israil dan Amarrika laknatullah sejah lebih 30 tahun dahulu lagi.

Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan kebenaran melalui acuan Islam pasti tidak sunyi dari gangguan daripada Musuh Islam, itulah sunnatullah yang pasti terjadi dan yakin lah semakin kuat ujian dan tekanak yang dihadapi, itulah petandanya kemenangan yang hakiki semakin hampir dipihak yang benar Insya Allah. Persoalannya sekarang yang timbul sampai bilakah rakyat Mesir harus membenarkan kuasa tentera serta golongan pro Mubarak terus menguasai bumi Mesir? Adalah akan kembali ke zaman seperti era Mubarak dan adakah demokrasi yang telus sebagaimana setahun yang lalu akan dikembalikan semula? hanya Allah yang maha mengetahuai. Hal ini tidak ubah seperti apa yang berlaku di Malaysia dimana golongan sekular sering melakukan tipu daya dan muslihat untuk memenangi hati rakyat demi menjayakan agenda jahat mereka dan mereka cukup takut bila pemerintahan Islam tertegak kerana akan tergugat kedudukan mereka, maka segala kenikmatan duniawi yang mereka dapat melalui cara yang salah turut akan terancam dan inilah faktor kenapa mereka sukar untuk menerima kekalahan di tangan Islam dan cuba untuk menghalang tertegaknya sebuah pemerintahan Islam dengan apa cara sekalipun. Hal banyak diingatkan oleh Alla S.W.T dalam Al-Quran akan perangai orang kafir, munafik dan zalim yang menjadikan dunia ini tempat bagi mereka melakukan keraskusan dan kezaliman untuk mendapatkan habuan dunia dengan cara yang mudah dan mereka sangat bencikan Islam kerana apa yang dibawa oleh Islam sama sekali menentang keinginan mereka.

tertarik saya dengan kata-kata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mengatakan bagaimana rakyat Mesir boleh bersabar dengan pemerintahan Mubarak selama 30 tahun tetapi tidak bersabar dengan pemerintahan Morshi yang hanya baru 1 tahun? itulah hakikantnya sebuah perjuangan atas landasan kebenaran bila nampak lompong sikit je dh mula nk ubah dan memberontak, rialiti yang berlaku di Mesir sekarang tidak ubah seperti yang berlaku di Perak pasca PRU 12 lalu yang mana berlaku rampasan kuasa dan menubuhkan kerajaan kudeta dan juga seperti apa yg berlaku di kedah pasca PRU 13 dan di Terengganu pasca PRU 11 yang mana berlaku sedikit saja kepincangan itupun dengan sabotaj dari pihak lawan maka rakyat terus menghukum kerajaan yang ingin menegakkan keadilan melaui dan begitulah hakikat sebenarnya yang berlaku keatas perjuangan untuk mengakkan Islam yang dapat kita saksikan pada masa kini.

Hikmah dari apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah sebagai isyarat dari Allah untuk umat Islam disana amnya dan diseluruh dunia khasnya lebih melakukan persediaan yang lebih rapi dengan memperkasakan kekuatan dalaman terutamanya untuk menghadapi cabaaran daripada musuh-musuh Islam dan satu lagi perkara penting yang dapat saya perhatikan selepas kejatuhan Morshi adalah satu peluang untuk rakyatnya sekali lagi berjihat demi melihat tertegaknya pemerintahan Islam yang diimpikan, sesungguhnya Islam akan tertegak hasil pengorbanan dan jihad bersama-sama para pemimpin serta rakyatnya dan inilah suatu proses yang termnaktub dalam sunatullah. soalnya sekarang sudah bersediakah kita untuk menyahut sunnatullah ini didalam melaksanakan jihad serta pengorbanan dalam perjuangan sedangkan dalaman kita sendiri masih lagi bermasalah, kurangnya ibadah sunat serta pengharapan kita kepada Allah, hati kita tidak ikhlas dalam perjuangan, timbul rasa riak, ikhtilat dan aurat antara lelaki dan perempuan tidak terjaga, perasangka buruk sesama umat islam, banyak berpura-pura terutama soal ukhuwwah. Mudah-mudahan apa yang berlaku pada dunia Islam sekarang ni menginsafkan diri kita untuk lebih hampir kepada Allah serta sensitif terhadap saudara seagama kita dan meletakkan diri kita lebih selesa berada dalam zon tak selesa hidup didunia jika inginkan keselesaan diakhirat.

Sekadar peringatan dan Muhasabah bersama Wallahua'lam.

Monday, July 1, 2013

Mengapa Allah bezakan antara Halal dan Haram?


Pernahkah Allah menyuruh umatnya menghapuskan segala yang haram? Atau sekadar menghindarkan benda yang haram?

Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama umat Islam boleh diuji akalnya untuk mendekati yang halal dan menjauhi yang haram?

Ingatlah, benda haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah. Setiap yang dicipta ada tujuannya, ada sebagai sumber makanan, ada sebagai ujian kepada manusia, menguji iman dan sama ada kita akan ingkar pada ajaran Allah dan sebagainya.

Pemimpin dan pengikut Islam boleh berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jangan sesekali meletakkan objektif untuk menghapuskannya sama sekali, kerana ia tidak mungkin berlaku. 

Sebagai contoh, anggota badan seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah - dan Allah melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut Islam yang ingkar arahan-Nya - mulut digunakan untuk menipu, tangan diguna untuk mencuri, kaki digunakan untuk melukakan orang lain, alat kelamin digunakan untuk berzina dan sebagainya.

Seperti juga seorang bapa yang takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sebagainya - si anak sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dari rumah, anak ini tidak mengenal apa yang bahaya dan tidak kerana bapanya tidak pernah mengajarnya, dan hanya melindunginya secara buta-buta.

Sebagai satu contoh lagi, antara memilih untuk menonton wayang atau menghadirkan diri ke kursus agama, anak kita perlu dididik membuat keputusan yang betul, daripada hanya memaksanya menghadiri kursus agama sahaja. 

Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri juga boleh berlaku hubungan yang haram sekiranya bisikan syaitan menguasai minda kerana kekuatan agama yang nipis.

Hanya didikan agama yang cukup sahaja dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam membezakan yang halal daripada haram, dan yang haram daripada yang halal.

Yang perlu ditekankan ialah cara pemimpin dan pengikut Islam untuk mengenal dan membezakan apa yang haram, dan belajar menguatkan iman dengan didikan agama yang cukup untuk menghindarinya. Itu adalah lebih baik sebenarnya.

Mengetahui halal bukan bermakna melakukannya, mengetahui yang haram, bukan bermakna menjauhinya. Kerana tahu sahaja tiada beza dengan tidak tahu, kalau tidak diiringi dengan tindakan.

Mesir: Apabila sekuler tergugat


Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia. Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan cukup menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan. 

Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi. 

Di Mesir, Mursi menang melalui pilihan raya yang bersih. Tanpa penipuan dakwat kekal, tanpa blackout dan tanpa senarai pengundi yang diragui, Mursi ditabalkan menjadi Presiden sekalipun disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya terhakis. Namun, kerana sekular menjarah begitu lama di bumi anbia ini, bukan satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular. Inilah masalah sebenar Mursi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan sekular yang sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir. 

Ini bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau pada saat Nabi Musa alaihissalam mahu membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh mukjizat yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan dapati peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan air, turunnya makanan dan minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali enggan untuk berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang digambarkan di dalam al-Quran. 

Warisan sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang. Sekalipun sebahagian besar rakyat Mesir kelihatan menyokong Mursi, namun anak cucu Bani Israel yang mewarisi perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi anbia. Inilah natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, apabila demokrasi yang bersih menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan berdiam diri. Ini juga yang berlaku di Turki dan Gaza. 

Di Malaysia, saudara mara sekular juga nampak berminat mengikut langkah yang sama. Kekalahan di dalam pilihan raya membawa kepada dasar penindasan dan penafian hak. Ditubuhkan kerajaan di dalam kerajaan, dinafikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan dinafikan hak ke atas hasil mahsul bumi merupakan buah-buah yang lahir dari pohon-pohon sekular yang tidak kenal sempadan dosa dan pahala. 

Untuk Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam sebagai akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang pada bulan Ramadhan untuk merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik kepada segala kerajaan. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saturday, June 29, 2013

Kelantan juara Piala FA 2013


Tidak ada apa lagi yang mampu diucapkan dan digambarkan sebagai seorang penyokong bola sepak Kelantan setelah melihat Kelantan berjaya sekali lagi merangkul Piala FA buat kali ke 2 berturut-turut setelah menewaskan pasukan JDT hasil kemenangan 1-0 pada malam tadi, kemenangan ini juga bermakna kelantan sah secara rasminya mendapat slot pertama ke piala AFC atas tiket juara piala FA untuk musim hadapan dan cap penampilan kelantan di peringkat Asia sudah mencapai kali ke tiga berturut-turut yang menjadi suatu sejarah baru yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan dalam liga tempatan sebelum ini.

Selain itu, Kelantan setakat ini telah berjaya merekodkanl piala FA sebanyak dua kali disamping gelaran juara Liga Supa dan Piala Malaysia juga sebanyak 2 kali dan piala Sumbangseh 1 kali. Inilah sejarah baru bola sepak kelantan yang memperlihatkan Kelantan sedang mencipta legasi  kuasa bola sepak baru di Malaysia yang tidak pernah saya gambarkan sebagai seorang penyokong setia pasukan Kelantan dan kita sebagai penyokong juga perlulah melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T atas pencapaian yang dilalui mutaakhhir ini.

Semoga dengan kejayaan ini akan membakar semangan kepada pasukan Pahlawan Merah merah untuk memburu tempat terbaik dalam Liga Super tahun ini dan cuba sekali lagi mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lalu disamping cuba mengorak langkah pada musim hadapan dengan lebih cemerlang lagi untuk mendakap sebanyak mungkin piala yang dipertandingkan dan menciptta lagi sejarah baru bola sepak tanah air terutamanya untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik lagi di peringkat asia iaitu piala AFC pada musim hadapan Insya Allah

Wednesday, June 5, 2013

Kronologi Peristiwa Israk wal Mikraj




























Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada / perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah, 
Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan), 

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.  

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.  

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.





























Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Naik langit kedua. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Ketiga: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.  

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj: 

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa’id)