Hari ini menyaksikan setelah setahun pemerintahan President Morshi, akhirnya beliau digulingkan oleh pihak tentera yang merampas kuasa dan meletakkan president Morshi dan pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain dalam tahanan rumah, golongan yang bergembira dengan Kejatuhan President Morshi pastinya saki -baki rejim Mubarak yang terdiri dari golongan Sekular, Liberal, Sosialis, tentera dan lain-lain lagi yang inginkan kuasa dan gerun bila lihat islam naik, lalu mereka pun telah merancang peristiwa yang berlaku pada hari ini dengan merancang sabotaj demi sabotaj ke atas Pemerintahan President Morshi hingga berjaya membuatkan rakyat Mesir percaya yang pentadbiran president Morshi lemah, banyak penyelewengan, tidak menjaga kebajikan rakyat dan sebagainya, akhirnya mereka yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran president Morshi yang baru setahun memerintah sekali lagu cuba membuat protes di jalanan dan membuka ruang kepada pihak tentera untuk menggulingkan President Morshi pula pada kali ini. Lihatlah betapa liciknya permainan golongan sekular dan tentera yang sudah lama bertapak di bumi mesir dengan bantuan Israil dan Amarrika laknatullah sejah lebih 30 tahun dahulu lagi.
Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan kebenaran melalui acuan Islam pasti tidak sunyi dari gangguan daripada Musuh Islam, itulah sunnatullah yang pasti terjadi dan yakin lah semakin kuat ujian dan tekanak yang dihadapi, itulah petandanya kemenangan yang hakiki semakin hampir dipihak yang benar Insya Allah. Persoalannya sekarang yang timbul sampai bilakah rakyat Mesir harus membenarkan kuasa tentera serta golongan pro Mubarak terus menguasai bumi Mesir? Adalah akan kembali ke zaman seperti era Mubarak dan adakah demokrasi yang telus sebagaimana setahun yang lalu akan dikembalikan semula? hanya Allah yang maha mengetahuai. Hal ini tidak ubah seperti apa yang berlaku di Malaysia dimana golongan sekular sering melakukan tipu daya dan muslihat untuk memenangi hati rakyat demi menjayakan agenda jahat mereka dan mereka cukup takut bila pemerintahan Islam tertegak kerana akan tergugat kedudukan mereka, maka segala kenikmatan duniawi yang mereka dapat melalui cara yang salah turut akan terancam dan inilah faktor kenapa mereka sukar untuk menerima kekalahan di tangan Islam dan cuba untuk menghalang tertegaknya sebuah pemerintahan Islam dengan apa cara sekalipun. Hal banyak diingatkan oleh Alla S.W.T dalam Al-Quran akan perangai orang kafir, munafik dan zalim yang menjadikan dunia ini tempat bagi mereka melakukan keraskusan dan kezaliman untuk mendapatkan habuan dunia dengan cara yang mudah dan mereka sangat bencikan Islam kerana apa yang dibawa oleh Islam sama sekali menentang keinginan mereka.
tertarik saya dengan kata-kata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mengatakan bagaimana rakyat Mesir boleh bersabar dengan pemerintahan Mubarak selama 30 tahun tetapi tidak bersabar dengan pemerintahan Morshi yang hanya baru 1 tahun? itulah hakikantnya sebuah perjuangan atas landasan kebenaran bila nampak lompong sikit je dh mula nk ubah dan memberontak, rialiti yang berlaku di Mesir sekarang tidak ubah seperti yang berlaku di Perak pasca PRU 12 lalu yang mana berlaku rampasan kuasa dan menubuhkan kerajaan kudeta dan juga seperti apa yg berlaku di kedah pasca PRU 13 dan di Terengganu pasca PRU 11 yang mana berlaku sedikit saja kepincangan itupun dengan sabotaj dari pihak lawan maka rakyat terus menghukum kerajaan yang ingin menegakkan keadilan melaui dan begitulah hakikat sebenarnya yang berlaku keatas perjuangan untuk mengakkan Islam yang dapat kita saksikan pada masa kini.
Hikmah dari apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah sebagai isyarat dari Allah untuk umat Islam disana amnya dan diseluruh dunia khasnya lebih melakukan persediaan yang lebih rapi dengan memperkasakan kekuatan dalaman terutamanya untuk menghadapi cabaaran daripada musuh-musuh Islam dan satu lagi perkara penting yang dapat saya perhatikan selepas kejatuhan Morshi adalah satu peluang untuk rakyatnya sekali lagi berjihat demi melihat tertegaknya pemerintahan Islam yang diimpikan, sesungguhnya Islam akan tertegak hasil pengorbanan dan jihad bersama-sama para pemimpin serta rakyatnya dan inilah suatu proses yang termnaktub dalam sunatullah. soalnya sekarang sudah bersediakah kita untuk menyahut sunnatullah ini didalam melaksanakan jihad serta pengorbanan dalam perjuangan sedangkan dalaman kita sendiri masih lagi bermasalah, kurangnya ibadah sunat serta pengharapan kita kepada Allah, hati kita tidak ikhlas dalam perjuangan, timbul rasa riak, ikhtilat dan aurat antara lelaki dan perempuan tidak terjaga, perasangka buruk sesama umat islam, banyak berpura-pura terutama soal ukhuwwah. Mudah-mudahan apa yang berlaku pada dunia Islam sekarang ni menginsafkan diri kita untuk lebih hampir kepada Allah serta sensitif terhadap saudara seagama kita dan meletakkan diri kita lebih selesa berada dalam zon tak selesa hidup didunia jika inginkan keselesaan diakhirat.
No comments:
Post a Comment