Friday, July 5, 2013

Sebab Dr Morsi digulingkan

1. mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pendapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.
2. Menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
3. Mmbangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
4. Membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.
5. Membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.
6. Beliau selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.
7. Berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.
8. Beliau mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.
9. Membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.
10. Mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.
11. Berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.
12. Menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan
Kerana perubahan demi perubahan secara mendadak yang bertentangan dengan zaman Mubarak itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisa kroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah hakikat sebenar bilamana seorang pemimpin Islam yang telus berkuasa pasti impak positif dapat dilihat dan dirasai yang menyebabkan musuh-musuh Islam cukup gerun jika Dr Morsi terus dibiarkan berkuasa.
Wallaua'lam
Sumber dari mahasiswa Mesir

Thursday, July 4, 2013

Kejatuhan Morshi: Satu pengkhianatan dan muhasabah kepada umat Islam

Hari ini menyaksikan setelah setahun pemerintahan President Morshi, akhirnya beliau digulingkan oleh pihak tentera  yang merampas kuasa dan meletakkan president Morshi dan pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain dalam tahanan rumah, golongan yang bergembira dengan Kejatuhan President Morshi pastinya saki -baki rejim Mubarak yang terdiri dari golongan Sekular, Liberal, Sosialis, tentera dan lain-lain lagi yang inginkan kuasa dan gerun bila lihat islam naik, lalu mereka pun telah merancang peristiwa yang berlaku pada hari ini dengan merancang sabotaj demi sabotaj ke atas Pemerintahan President Morshi hingga berjaya membuatkan rakyat Mesir percaya yang pentadbiran president Morshi lemah, banyak penyelewengan, tidak menjaga kebajikan rakyat dan sebagainya, akhirnya mereka yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran president Morshi yang baru setahun memerintah sekali lagu cuba membuat protes di jalanan dan membuka ruang kepada pihak tentera untuk menggulingkan President Morshi pula pada kali ini. Lihatlah betapa liciknya permainan golongan sekular dan tentera yang sudah lama bertapak di bumi mesir dengan bantuan Israil dan Amarrika laknatullah sejah lebih 30 tahun dahulu lagi.

Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan kebenaran melalui acuan Islam pasti tidak sunyi dari gangguan daripada Musuh Islam, itulah sunnatullah yang pasti terjadi dan yakin lah semakin kuat ujian dan tekanak yang dihadapi, itulah petandanya kemenangan yang hakiki semakin hampir dipihak yang benar Insya Allah. Persoalannya sekarang yang timbul sampai bilakah rakyat Mesir harus membenarkan kuasa tentera serta golongan pro Mubarak terus menguasai bumi Mesir? Adalah akan kembali ke zaman seperti era Mubarak dan adakah demokrasi yang telus sebagaimana setahun yang lalu akan dikembalikan semula? hanya Allah yang maha mengetahuai. Hal ini tidak ubah seperti apa yang berlaku di Malaysia dimana golongan sekular sering melakukan tipu daya dan muslihat untuk memenangi hati rakyat demi menjayakan agenda jahat mereka dan mereka cukup takut bila pemerintahan Islam tertegak kerana akan tergugat kedudukan mereka, maka segala kenikmatan duniawi yang mereka dapat melalui cara yang salah turut akan terancam dan inilah faktor kenapa mereka sukar untuk menerima kekalahan di tangan Islam dan cuba untuk menghalang tertegaknya sebuah pemerintahan Islam dengan apa cara sekalipun. Hal banyak diingatkan oleh Alla S.W.T dalam Al-Quran akan perangai orang kafir, munafik dan zalim yang menjadikan dunia ini tempat bagi mereka melakukan keraskusan dan kezaliman untuk mendapatkan habuan dunia dengan cara yang mudah dan mereka sangat bencikan Islam kerana apa yang dibawa oleh Islam sama sekali menentang keinginan mereka.

tertarik saya dengan kata-kata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mengatakan bagaimana rakyat Mesir boleh bersabar dengan pemerintahan Mubarak selama 30 tahun tetapi tidak bersabar dengan pemerintahan Morshi yang hanya baru 1 tahun? itulah hakikantnya sebuah perjuangan atas landasan kebenaran bila nampak lompong sikit je dh mula nk ubah dan memberontak, rialiti yang berlaku di Mesir sekarang tidak ubah seperti yang berlaku di Perak pasca PRU 12 lalu yang mana berlaku rampasan kuasa dan menubuhkan kerajaan kudeta dan juga seperti apa yg berlaku di kedah pasca PRU 13 dan di Terengganu pasca PRU 11 yang mana berlaku sedikit saja kepincangan itupun dengan sabotaj dari pihak lawan maka rakyat terus menghukum kerajaan yang ingin menegakkan keadilan melaui dan begitulah hakikat sebenarnya yang berlaku keatas perjuangan untuk mengakkan Islam yang dapat kita saksikan pada masa kini.

Hikmah dari apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah sebagai isyarat dari Allah untuk umat Islam disana amnya dan diseluruh dunia khasnya lebih melakukan persediaan yang lebih rapi dengan memperkasakan kekuatan dalaman terutamanya untuk menghadapi cabaaran daripada musuh-musuh Islam dan satu lagi perkara penting yang dapat saya perhatikan selepas kejatuhan Morshi adalah satu peluang untuk rakyatnya sekali lagi berjihat demi melihat tertegaknya pemerintahan Islam yang diimpikan, sesungguhnya Islam akan tertegak hasil pengorbanan dan jihad bersama-sama para pemimpin serta rakyatnya dan inilah suatu proses yang termnaktub dalam sunatullah. soalnya sekarang sudah bersediakah kita untuk menyahut sunnatullah ini didalam melaksanakan jihad serta pengorbanan dalam perjuangan sedangkan dalaman kita sendiri masih lagi bermasalah, kurangnya ibadah sunat serta pengharapan kita kepada Allah, hati kita tidak ikhlas dalam perjuangan, timbul rasa riak, ikhtilat dan aurat antara lelaki dan perempuan tidak terjaga, perasangka buruk sesama umat islam, banyak berpura-pura terutama soal ukhuwwah. Mudah-mudahan apa yang berlaku pada dunia Islam sekarang ni menginsafkan diri kita untuk lebih hampir kepada Allah serta sensitif terhadap saudara seagama kita dan meletakkan diri kita lebih selesa berada dalam zon tak selesa hidup didunia jika inginkan keselesaan diakhirat.

Sekadar peringatan dan Muhasabah bersama Wallahua'lam.

Monday, July 1, 2013

Mengapa Allah bezakan antara Halal dan Haram?


Pernahkah Allah menyuruh umatnya menghapuskan segala yang haram? Atau sekadar menghindarkan benda yang haram?

Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama umat Islam boleh diuji akalnya untuk mendekati yang halal dan menjauhi yang haram?

Ingatlah, benda haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah. Setiap yang dicipta ada tujuannya, ada sebagai sumber makanan, ada sebagai ujian kepada manusia, menguji iman dan sama ada kita akan ingkar pada ajaran Allah dan sebagainya.

Pemimpin dan pengikut Islam boleh berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jangan sesekali meletakkan objektif untuk menghapuskannya sama sekali, kerana ia tidak mungkin berlaku. 

Sebagai contoh, anggota badan seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah - dan Allah melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut Islam yang ingkar arahan-Nya - mulut digunakan untuk menipu, tangan diguna untuk mencuri, kaki digunakan untuk melukakan orang lain, alat kelamin digunakan untuk berzina dan sebagainya.

Seperti juga seorang bapa yang takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sebagainya - si anak sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dari rumah, anak ini tidak mengenal apa yang bahaya dan tidak kerana bapanya tidak pernah mengajarnya, dan hanya melindunginya secara buta-buta.

Sebagai satu contoh lagi, antara memilih untuk menonton wayang atau menghadirkan diri ke kursus agama, anak kita perlu dididik membuat keputusan yang betul, daripada hanya memaksanya menghadiri kursus agama sahaja. 

Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri juga boleh berlaku hubungan yang haram sekiranya bisikan syaitan menguasai minda kerana kekuatan agama yang nipis.

Hanya didikan agama yang cukup sahaja dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam membezakan yang halal daripada haram, dan yang haram daripada yang halal.

Yang perlu ditekankan ialah cara pemimpin dan pengikut Islam untuk mengenal dan membezakan apa yang haram, dan belajar menguatkan iman dengan didikan agama yang cukup untuk menghindarinya. Itu adalah lebih baik sebenarnya.

Mengetahui halal bukan bermakna melakukannya, mengetahui yang haram, bukan bermakna menjauhinya. Kerana tahu sahaja tiada beza dengan tidak tahu, kalau tidak diiringi dengan tindakan.

Mesir: Apabila sekuler tergugat


Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia. Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan cukup menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan. 

Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi. 

Di Mesir, Mursi menang melalui pilihan raya yang bersih. Tanpa penipuan dakwat kekal, tanpa blackout dan tanpa senarai pengundi yang diragui, Mursi ditabalkan menjadi Presiden sekalipun disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya terhakis. Namun, kerana sekular menjarah begitu lama di bumi anbia ini, bukan satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular. Inilah masalah sebenar Mursi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan sekular yang sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir. 

Ini bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau pada saat Nabi Musa alaihissalam mahu membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh mukjizat yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan dapati peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan air, turunnya makanan dan minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali enggan untuk berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang digambarkan di dalam al-Quran. 

Warisan sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang. Sekalipun sebahagian besar rakyat Mesir kelihatan menyokong Mursi, namun anak cucu Bani Israel yang mewarisi perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi anbia. Inilah natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, apabila demokrasi yang bersih menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan berdiam diri. Ini juga yang berlaku di Turki dan Gaza. 

Di Malaysia, saudara mara sekular juga nampak berminat mengikut langkah yang sama. Kekalahan di dalam pilihan raya membawa kepada dasar penindasan dan penafian hak. Ditubuhkan kerajaan di dalam kerajaan, dinafikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan dinafikan hak ke atas hasil mahsul bumi merupakan buah-buah yang lahir dari pohon-pohon sekular yang tidak kenal sempadan dosa dan pahala. 

Untuk Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam sebagai akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang pada bulan Ramadhan untuk merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik kepada segala kerajaan. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat