Friday, September 18, 2009

Salam lebaran

Assalamualaikum wbt, Salam Aidilfitri kepada semua umat islam yg dikasihi, Hari raya aidilfitri merupakan hari kemenangan bg kita umat islam setelah ditarbiyya didalam bulan Ramadhan Al-Mubarakh yg mulia, hari raya aidilfitri juga merupakan hari kita kembali kepada fitrah asal kita iaitu makan dan minum disiang hari, maka berbahagia lah orang2 yg berjaya menghadapi tarbiyyah di ramadhan oleh Allah S.W.T.

semoga di hari kemenangan kita setelah ditarbiyyah dalam bulan ramadhan yang mulia ini dapatlah kita mengekalkan kemenangan daripada godaan nafsu dan syaitan untuk 11 bulan akan datang, Amin, semoga ramadhan yg berlalu ini akan menjadi ramadhan yg terbaik untuk kita sepanjang hidup ini dan diharapkan kita diberikan peluang untuk bertemu nya untuk akan datang Insyaallah. kepada sahabat2 yg mengenali diriku, aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan yang aku lakukan sebagai insan yg kerdil ini sepanjang perkenalan kita, akhir sekali kepada yg ingin pulang beraya seperti aku jugak, hehe tidak kira jauh atu p dekat berhati2 lah d jalan raya dan selamat pulang ke destinasi masing2

Saturday, April 18, 2009

Mengapa Muslim biarkan hati mati?

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

*Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh

Thursday, April 16, 2009

Golongan Ruwaibidhah di Malaysia

Siapakah golongan Ruwaibidhah? Kehadiran kelompok ini memang mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam serata dunia. Kecelakaan menimpa umat ini memang parah. Dan kehadiran mereka adalah salah satu penyebabnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.

Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." [Ibnu Majah]

Menurut keterengan Ustaz Fahmi Zam Zam dalam 40 hadis susunannya berhubung akhir zaman, beliau menyimpulkan bahawa era di mana terbitnya Ruwaibidhah ini adalah zaman ketandusan daripada segi material dan pemikiran.

Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanya peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Ciri-ciri Ruwaibidhah
Berdasarkan hadis itu, kita dapati Ruwaibidhah adalah mereka yang hadir pada era tandus dan kekeringan hikmah, pengetahuan hingga umat tidak lagi mampu berfikir dengan cara betul. Ini isyarat pertama.

Oleh sebab masyarakat menjadi bodoh kerana diperbodohkan pihak penguasa, maka orang berdusta pun boleh menjadi benar dan orang yang benar pula boleh dikatakan sebagai telah berdusta. Ini isyarat kedua.

Pengkhianat diminta memegang amanah dan orang yang amanah dituduh pengkhianat. Ini isyarat ketiga.

Isyarat keempat dan yang terakhir; yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Inilah yang paling utama sekali. Kita akan huraikan kemudian, kenapakah isyarat ini yang dianggap penting dan terutama.

Mengakhiri sabdanya, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa pada hakikatnya.. Ruwaibidhah itu manusia yang kerdil, hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.

Ruwaibidhah di negara kita
Antara ciri-ciri yang utama Ruwaibidhah ini ialah sistem yang dipegang, amalan pentadbiran dan cara hidup era tersebut telah menyebabkan, hanya golongan Ruwaibidhah sahaja yang bercakap. Manakala, penyertaan suara yang selain daripada mereka tidak diberikan.

Keadaan ini menyebabkan maklumat menjadi tidak seimbang, rakyat akan mendengar sebelah pihak dan menelan bulau-bulat propaganda mereka. Dengan sebab inilah masyarakat dan rakyat tu menjadi semakin bodoh kerana diperbodohkan.

Setelah masyarakat tidak cerdik, maka berleluasalah gejala lain seperti, orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung-sanjung dan didewa-dewakan.

Akta-akta, undang-undang diperkenalkan sehingga menyekat penyertaan suara orang-ramai. Orang yang benar-benar ikhlas dan jujur sangat kurang peluangnya untuk bercakap, menulis dan melontarkan pandangan. Media dikawal rapi. Pendek kata inilah ciri-ciri diktator pada hari ini.

Sebenarnya, jika mereka ingin menunjukkan kebaikan, semua itu hanyalah sekadar sandiwara dan lakonan. Mereka mungkin mahu menyekat suara orang-ramai, tetapi dikhuatiri akan dinamakan kukubesi dan diktator. Maka, sesekali terpaksalah mereka merelakan penyertaan suara khalayak ramai. Tapi, selepas itu mereka akan menutupnya semula.

Peluang bercakap cuma dimiliki sepenuhnya oleh watak-watak yang hina dan mereka ini tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya. Bayangkan, ruang bercakap di media, radio dan televisyen dimonopoli oleh orang yang tidak tahu mengendalikan masalah rakyat.

Sedangkan, mereka yang benar-benar bijaksana dalam urusan menyelesaikan masalah rakyat telah diketepikan suara mereka itu dalam ruang media. Dan jika mereka yang bijaksana ini mahu mencari pentas ceramah dan pidato, permit boleh ditarik balik pada saat-saat akhir setelah pada awalnya permit itu diberikan.

Perkembangan mutakhir ini menyebabkan ramai pihak boleh menyatakan suara dan bantahan mereka menerusi blog, laman web dan sebagainya. Namun, mereka tetap terdedah kepada unsur godaman internet oleh pihak-pihak tertentu, ditahan reman di bawah akta tertentu untuk disoal-siasat dan lain-lain tindakan lagi.

Bagaimana mengatasi Ruwaibidhah?
Tidak guna juga jika kita merincikan siapakah Ruwaibidhah tanpa memberikan imbuhan mengenai bagaimanakah caranya untuk menangani puak-puak Ruwaibidhah ini.

Asas atau kunci untuk menumbangkan hegemoni, legasi puak-puak Ruwaibidhah ini amat bergantung kepada taraf kecerdikan rakyat yang telah diperbodohkan selama ini. Ketika masyarakat cerdik dan cekap membuat keputusan, maka Ruwaibidhah ini akan tumbang dengan sendirinya nanti, insya Allah.

Islam telah pun menggariskan apakah ciri-ciri munafik sebagai musuh utama umat Islam. Munafik sebenarnya bukan Islam. Mereka kelihatan Islam di luaran, tetapi dalamannya masih kufur. Munafik akan terlempar dalam neraka terlebih dahulu. Dan, tidak sah berimamkan orang munafik kerana pada hakikatnya mereka adalah kufur.

Demikian ciri munafik. Tetapi, sukar dikenalpasti kemunafikan ini lantaran mereka juga bersolat seperti orang lain.

Sementara ciri-ciri ruwaibidhah ini boleh jadi terlekat ke atas Muslimin dan orang bukan Islam. Dalam masyarakat Islam ada pemimpin ruwaibidhah dan begitu juga dalam negara bukan Islam. Pendek kata, ruwaibidhah adalah ciri universal yang dimiliki oleh mana-mana bangsa, agama dan kepercayaan.

Kehadiran golongan ruwaibidah bersifat merentasi sempadan bangsa, negara, agama dan kepercayaan dan boleh mereka hadir di mana-mana jua. Sedangkan munafik hanya suatu gelaran yang dinisbahkan kepada orang bukan Islam yang menyamar untuk melemahkan umat Islam daripada dalam. Ini ciri khas untuk masyarakat Islam sahaja.

Penawar untuk menjatuhkan tembok keangkuhan ruwaibidhah ialah.. perjuangan menegakkan kebebasan bersuara, menggalakkan kemunculan ruang media yang lebih banyak untuk membongkar isi filsafat songsang mereka selama ini.

Penyertaan bersuara dalam kalangan rakyat menggetarkan seluruh hati dan perasaan kelompok Ruwaibidhah kerana tipu daya mereka akan terbongkar. Niat jahat mereka ditumbangkan oleh bedilan kata-kata pejuang kebenaran. PPSMI dan Ruwaibidhah
Sabda Rasulullah s.a.w, Ruwaibidhah ini sebenarnya watak manusia yang kerdil, hina dan mereka ini sebenarnya tak tahu mengenai cara bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang-ramai. Masalah masyarakat yang tidak selesai, belum selesai dan separuh selesai ini berpunca daripada kegagalan media yang seimbang untuk beroperasi secara adil.

Ruwaibidhah inilah yang dengan takburnya mengangkat suara: "Perjuangan belum selesai!"

Mahu selesai bagaimana sedangkan mereka inilah antara penyumbang saham terbesar dalam usaha meruntuhkan tamadun bangsa ini. Suara-suara untuk menegur dihalang. Yang ingin membuat pembaharuan dipecat, dan dikenakan pelbagai tindakan.

Sebenarnya, banyaklah masalah rakyat yang belum selesai di bawah pemerintahan Ruwaibidhah ini. Ciri-ciri terakhir yang telah digariskan oleh baginda rasulullah ialah mereka ini tidak mengerti urusan orang-ramai. Mereka tidak tahu kerana tidak turun padang bagi menyelami hakikat sebenarnya.

Tak perlu ambil contoh urusan rakyat yang terlalu banyak. Ambil contoh PPSMI saja. Adakah Ruwaibidhah ini boleh turun menyamar dan betul-betul menyelidik mengenai susah-payah orang bawahan, guru-guru yang mahu melaksanakan PPSMI?

Ternyata Ruwaibidhah tidak tahu banyak kesukaran rakyat bawahan. Selain itu, orang yang ingin bercakap benar seperti guru-guru yang ingin melontarkan keluhan, tidak diizinkan bercakap di media dengan ugutan tertentu oleh Ruwaibidhah.

Malah, cendekiawan yang benar dalam kalangan GMP dituduh sebagai pendusta. Sedangkan si Ruwaibidhah ini pula dikatakan sebagai orang yang benar dalam ucapannya.

Tokoh-tokoh GMP sentiasa hadir dengan jumlah bilangan yang sama dan kehadiran mereka tidak berubah. Walhal Ruwaibidah telah berubah daripada Hishammuddin Hussein kepada Muhyiddin Yassin. Mengubah seorang Ruwaibidhah kepada Ruwaibidhah yang lain tidaklah mengubah apa-apa dasar itu pun.

Ini kerana Ruwaibidhah tetaplah digantikan dengan Ruwaibidhah. Salin pakaian dan baju sahaja sedangkan roh, jiwa serta pemikiran termasuk sistemnya tetaplah sama.

Adakah hal ini pun salah satu daripada strategi halus Najib juga untuk menyelamatkan sepupunya Hishammuddin dan supaya Muhyiddin terbeban dengan banyak hal dan akhirnya hal ini menjadi hujah untuk menyingkirkan Muhyiddin kemudian hari?

Ruwaibidhah Najib akan melakukan banyak sandiwara lakonan sepanjang pemerintahannya. Bermula rampasan kuasa di Perak, kemudian penarikan penggantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan dalam keadaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang masih dikekalkan, Ruwaibidhah ini masih lagi menyekat dan membataskan penyertaan suara.

Adalah perlu bagi Ruwaibidhah Najib menonjolkan kebaikannya buat sementara waktu. Tetapi gergasi Ruwaibidhah ini tidak boleh menipu para pengamal media yang terlalu cukup masin dengan pengalaman ketika menekuni tipu helah Najib dan fasih pula dengan sandiwara membebaskan 13 tahanan ISA itu.

Masa dan waktu, bersulam keinginan rakyat mencari ruang maklumat yang lebih banyak menyebabkan Ruwaibidhah akan hancur sedikit demi sedikit. Anai-anai maklumat inilah yang akan meruntuhkan tembok gergasi Ruwaibidhah Najib, insya Allah

Sepatutnya bersyukur, bukan Islam ungkap ayat Quran - Dr Azhar Yaakob

Dipetik dari Harakah, 16/4/2009

Bukan mencemuh apatah lagi menghina bukan Islam yang mengungkap ayat-ayat Quran malah wajarnya bersyukur dan memberi galakan untuk mereka mendekati dan memahami Islam.

Demikian kata pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakob, sambil mengulas bahawa sudah pasti orang bukan Islam turut memahami serta menjaga sensitiviti umat Islam dengan mengkaji serta berlatih terlebih dahulu sebelum mengungkap ayat-ayat Quran termasuk mengetahui maksudnya supaya ianya tidak tersasar.

"Lainlah kalau mereka menghina, mempermainkan ayat Quran ataupun salah tafsir...itu kita tentang. Kalau nak ikut salah sebutan, ramai termasuk orang Islam sendiri banyak silap. Itu proses belajar, yang penting mereka ungkap untuk menceritakan bahawa ayat Quran suruh manusia berlaku adil.

"Pada saya mereka tidak salah, malah kita kena beri galakan dan tunjuk ajar pada mereka untuk mengenali Islam dengan lebih baik lagi, bukan mencemuh atau melarang membaca ayat-ayat Quran yang menjadi pentunjuk untuk umat manusia," kata Azhar lagi.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab kuliah agama yang diadakan di pejabat Harakah tengah hari tadi yang merupakan rutin setiap hari Khamis untuk kakitangan dan warga kerja Harakah.

Dalam kuliah selama satu jam itu, Azhar yang berkelulusan Ijazah Bahasa daripada Jordan serta Kedoktoran di bidang dakwah, turut menjelaskan kaedah dan sejarah dakwah untuk mendekati orang bukan Islam memahami agama Allah itu, yang sebelum ini dipandang negatif seperti ekstremis, fanatik, penggganas dan aneka label lagi.

Katanya, peristiwa 11 September 'World Trade Centre' itu, telah membuka mata masyarakat dunia khususnya bukan Islam untuk menkaji adakah benar propaganda bahawa Islam dan ayat-ayat Quran mengarahkan umat Islam melakukan keganasan.

Berpunca daripada itu, akhirnya di satu ketika, tanpa diduga indeks pembelian naskah al-Quran naik mendadak sekaligus ramai orang bukan Islam memeluk agama itu, kerana telah mendapati propoganda itu adalah sebaliknya dan meyakini kebenaran ayat-ayat Quran, katanya.

Menyambung isu ungkapan ayat al-Quran itu, kata Azhar sama ada hati seseorang itu ikhlas atau mempunyai niat lain, Azhar berkata itu persoalan dan urusan Allah SWT yang tentukan dan umat Islam wajar mengambil kira apa yang dilakukan secara zahir yang memberi kebaikan kepada semua pihak.

"Kalau salah sebut, perbetul. Kalau hina, salah terjemah atau baca terbalik ke, kita tentang tetapi ini tidak.

"Kita sepatutnya mendoakan supaya sedikit demi sedikit terbuka pintu hati mereka dan bersyukur sebab perjuangan dakwah memperkenalkan Islam telah berjaya sehingga memikat hati orang bukan Islam untuk mengetahui maksud dan ayat-ayat Quran apatah lagi mengungkapnya," katanya.

Ketika menjawab satu soalan berhubung hukum orang bukan Islam menghadiri kuliah atau majlis agama di masjid, beliau menjelaskan bahawa sejarah Rasullullah s.a.w. membuktikan bahawa betapa ramai orang bukan Islam hadir di kuliah dan bersoal jawab dengan Nabi untuk mendalami hal Islam.

"Sudah banyak peristiwa orang bukan Islam membaca al-Quran untuk mendalami Islam dan ianya bukan pelik dan menghinakan. Kita tidak boleh kecam atau sekat mereka sebab itu bukan kaedah dakwah yang betul malah mengelirukan. Bagaimana nak mendekati jika kita awal-awal lagi sekat mereka?

"Kuliah Rasulullah sentiasa dihadiri oleh orang bukan Islam untuk bersoal jawab dan ini mesti kita galakkan sekarang supaya ilmu dan penjelasan tentang Islam difahami oleh semua pihak tanpa kira batasan agama," katanya yang mengakhiri kuliah kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Monday, March 9, 2009

Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS _

Sunday, January 18, 2009

Bebaskan Palestin

Apa lagi yang lebih penting selain derita dan sengsara ummat Islam di Genting Gaza yang kini menjadi mangsa kekejaman dan kedurjanaan Yahudi Alaihi Laknatullah .

Setelah kita berjaya mencipta kemenangan di P.036 Kuala Terengganu , kini tentu sahaja perhatian kita terarah ke Genting Gaza bagi memastikan kita berjaya pula membebaskan belenggu derita Ummat Gaza khasnya dan Palestine amnya .

Bagai tiada erti dan makna kemenangan kita di sini andai ummat seaqidah dan seqiblat masih dirundung malang berduka . Melainkan setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah dan hari Akhirat , segera bangkit membulat tekad mengutuh solidariti untuk mengambil satu langkah yang efektif bagi memastikan derita Gaza segera berakhir dan Israel Laknat itu pula dihukum setimpalnya.

Inilah masa kita menghentikan segala sengketa , menamatkan episod permusuhan , mengurai sebarang kekusutan , merapatkan jurang perbezaan dan mendamaikan polemik persaingan antara kita sesama Islam . Justeru isu yang sedang kita hadapi ini melangkaui segala kepentingan diri dan kelompok melainkan isu ini adalah milik mutlak ummat seluruhnya untuk ditangani dengan penuh tanggungjawab .

Tiada siapa dikalangan kita yang boleh dimaafkan untuk mengelak diri dari mengambil bahagian, biar pun sekadar menitipkan doa tulus agar Allah swt menyingkap tabir derita Gaza seterusnya memancarkan sinar mentari harapan dan kebahagiaan buat mereka yang telah sekian lama terpasung di bumi sendiri .

Insyaallah , 23 hb. January 2009 [ Jumaat ] , sekali lagi kita akan berhimpun dengan jumlah yang lebih ramai dengan dipimpin oleh Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS merangkap AJK Majlis Pembebasan Al Quds Antarabangsa di Taman Melewar .

Pada saya kini tiada bezanya antara syaithan putih [ Bush ] dengan syaithan hitam [ Obama ] dalam menghadapi kemelut di Asia Barat ini. Bagai dunia kuffar sedang bersatu untuk menghancurkan bumi qiblat pertama ummat Islam iaitu Bait al Muqaddas . Biarpun Yahudi yang menganyang Palestine tetapi kuffar lainnya membatu diri malah membekalkan senjata dan sokongan moral kononnya Yahudi wajar bertindak menentang pengganas [ Hamas ] .

Sejak 1948 malah berpuluh tahun sebelumnya , ummat Palestine tidak pernah tidur nyenyak dihambat kekejaman Yahudi yang sadis dan gila . Hampir mereka tidak lagi mengenal erti bahagia dan aman . Mereka meneruskan sisa hidup di bawah desiran peluru yang datang entah dari mana dan bila - bila masa sahaja mampu meragut nyawa insan tersayang .

Ummatku , marilah kita dokongi bersama derita mereka setelah kita pula hampir tidak mengenal erti derita dan sengsara lantaran kita hidup di bawah desir angin bayu yang melenakan kita .

Hari ini hari mereka ! entah kan esok entahkan lusa , mungkin kelak hari kita pula . Wali'yazubillah . Kenapa tidak kita rengut sebahagian dari kebahagiaan kita yang telah kita nikmati sejak sekian lama untuk turut bersama mengharungi derita dahsyat yang dialami oleh mereka .

Kita sedang merancang untuk menghantar misi kemanusiaan ke Genting Gaza . Sebelum masanya tiba , saya harapkan agar semua pihak dapat segerakan pengumpulan dana guna membantu mangsa penghapusan etnik Yahudi durjana ini dan kemudiannya serahkan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat atau terus ke Pejabat Agong PAS Pusat .

Selain itu , doa munajat dan solat hajat janganlah dihentikan . lakukannya setiap hari bersama qunut nazilah memohon pertolongan Allah Azza wa Jalla .

Pemuda - pemuda Islam bersiap sedialah untuk menghadapi apa jua keadaan dan arahan Gerakan Islam Antarabangsa untuk turun menjejak setiap inci Yahudi Keparat sekaligus membebaskan Baitul Muqaddas dan membuka pintu Masjidil Aqsa .

Friday, January 16, 2009

Selepas PRK KUIS

Pilihan Raya IPT atau (PRK) Di Lembah Klang sedang berjalan rancak sekarang ini, ada IPT yang sudah selesai PRK dan ada lagi IPT yang belum dan sedang rancak untuk menghadapi PRK dalam beberapa hari lg yang mana kempen-kempen sedang rancak dan poster-poeter juga juga amat banyak ditampal di tempat-tempat sekitar IPT masing-masing yang menyebabkan bahang PRK sangat dirasai terutamanya di IPTA yang suasana PRK lagi terasa bahang dan panasnya seperti juga pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada hari ini.

Bagaimana Pula dengan IPTS? adakah suasananya sama dengan IPTA? disini aku ingin mencorek berita dari IPTS yang sudah berlangsung nya PRK tersebut, IPTS yang dimaksudkan ialah KUIS, sedar ataupin tidak, sudah 4 hari berlalu PRK KUIS dan dikhabarkan suasana atau sambutan PRK tahun ini agak berbeza dari IPTA dan berbeza sedikit dari tahun-tahun sudah, apa yang bezanya? tidak lain dan tidak bukan sambutan dari masyarakat KUIS dikatakan agak dingin sikit berbanding tahun-tahun lepas, Apa puncanya? Adakah pihak atasan KUIS x bersungguh-sungguh untuk mengadakan PRK KUIS atau pun ada sebab-sebab lain?hanya mereka yang didalam KUIS saje yang tahu.

Klu desebabkan oleh pihak atasan yang x sirious dalam hal ini mungkin ada benarnya juga sebab 5 hari sebelum election poster-poster masih lagi belum kelihatan perkara sama juga turut berlaku sebenarnya seperti tahun-tahun lalu yang mana poster hanya ditampar disekitar kampus lebih kurang seminggu sebelum pilihan raya berlangsung, perkara sebegini berlaku adakah disebabkan bajet untk PRK KUIS tidak cukup sehinggakan dari segi publisiti nya sangat lembap atau pihak atasan sengaja tidak mahu keluarkan dana yang banyak untuk kemaslahatan pelajar? hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu.

Ada satu lagi perkara yang mengejutkan yang berlaku pada PRK KUIS tahun ini iaitu tiada pertandingan bagi kerusi Fakulti yang menyebabkan calon bagi semua Fakulti di KUIS menang Tampa bertanding bagi kerusi Fakulti, kalau lah tahun-tahun sebelumnya terdapat beberapa Fakulti sahaja yang terjadi menang tampa bertanding, inilah yang mendukacitakan saya sebagai bekas mahasiswa KUIS sendiri, Adakah mahasiswa KUIS hari ini sudah Takut untuk berpesatuan? Adakah mereka tidak sanggup untuk memikul tanggungjawab untuk membawa suara mahasiswa diperingkat atasan? Ataupun adakah ada faktor-faktor dan kengkangan lain yang menyebabkan mahasiswa KUIS tidak berminat untuk berpolitik di Kampus, mungkin sesetengah persoalan yang timbul itu ada benarnya seperti juga yang berlaku  pada masa lampau di mana ada pelajar yang bertanding kerana dipilih oleh pihak Fakulti semata-mata kerana tidak sanggup memikul amana yang ditaklifkan ini dan sesumgguhnya setiap pemimpin itu akan disoal dihadapan Allah kelak tentang tanggungjawab yang diberikan itu kerana tanggung jawab sebagai pemimpin amat lah berat dan disebabkan itu jugalah mungkin pelajar KUIS tidak sanggup untuk menghadapinya

Apapun kepada yang menang PRK KUIS menerusi pertandinga mahupun yang menang tampa bertanding diucapkan tahniah dan setiap undi yang diberikan kepada anda adalah harapan dan amanah daripada mahasiswa yang akan disoal dihadapan Allah kelak serta tanggungjawab yang menanti selepas ini mestilah dipikul dengan penuh ikhlas dan berani kerana kebenaran demi memartabatkan mahasiswa supaya tidak diperlekehkanan oleh pihak atasan sebagaimana yang anda dan saya sebagai warga KUIS telah alami sebelumnya

Sunday, January 11, 2009

Salam Kemanusiaan

Di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sekalian sama ada yang tahu atau yang blum tahu tentang salah satu senjata yang perlu kita gunakan sebagai umat Islam untuk membantu saudara kita di palestin moga2 dengan senjata ini yang dianggap senjata lemah dapat menolong saudara seagama kita yang sedang membela tanah air mereka dan agama yang kita cintai ini dan yakin lah bahawa tiap2 senjata yang Allah berikan kepada umat Islam walau pun nampak halus dan lembut tetapi itulah sebenarnya sekuat-kuat senjata yang dimiliki oleh kita yaitu meminta bantuan daripada Allah s.w.t.

DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH
Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH
Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia

LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.
Contoh bacaan yg biasa dibaca

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

ALLAH HUMMA INNA NAJ'ALUKA FI NUHURI A'ADA INA WANA'U ZUBIKA MIN SYURU RIHIM ALLAH HUMMA BADDID SYAMLAHUM WAFARRIQ JAM'AHUM WATHABBIT KALIMATAHUM WAZAL ZIL AQDA MAHUM WASALLIT 'ALAIHIM KALBAN MIN KILABIKA YA QOHHAR, YA JABBAR, YA MUNTAQIM, YA ALLAH3 ALLAH HUMMA YA MUNZILAL KITAB, WA YA MUJRIAS SAHAB, WA YA HAZIMAL AHZAB IHZIM HUM WANSOR NA 'ALAIHIM.

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

PERINGATAN!!!
1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.
2. Boleh mengulang potongan kalimat dari doa di atas beberapa kali.
Apakah Ada Syariat Mengusap Muka setelah Qunut Pendapat jumhur ulama tidak ada mengusap muka setelah berdoa qunut. Imam Al-Baihaqy (dari ulama Syafi'iyyah) dalam As-Sunan Al-Kubra 2/212 mengatakan: Adapun mengusap muka dengan kedua tangan ketika selesai dari doa, saya tidak mengetahui hal tersebut dari salah seorang ulama salaf pun yang melakukannya dalam doa qunut

Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Shalat Sendirian?Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para shahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.

Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa' 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: "Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak dikeetahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para 'ulama) dalam masalah ini." Akan tetapi perlu diingat bahwa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu' 3/481). Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk pribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya. Mudah-mudahan apa disampaikan ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang mencintai keadilan dan kebenaran serta dapat dilaksanakan bagi mereka yang menjunjung prinsip kebenaran sebagai bentuk keperihatinan kepada mereka yang dizalimi dan ditindas tanpa ada bukti.

Tuesday, January 6, 2009

Apakah tindakan Umat Islam terhadap serangan Yahudi di Bumi palestin?

Salam blogger kepada pembaca blog yang dikasihi sekalian, sudah lama rasanya aku tidak menulis didalam blog ni, terasa pulak ingin berkongsi info dan pendapat dengan rakan-rakan pembaca sekalian, Sebagai seorang muslim yang peka terhadap sensitiviti Umat Islam diakhir zaman ini aku terpanggil untuk menulis tentang isu saudara kita yang sedang menderita di bumi palastine akibat kekejaman dan kerakusan terkini yahudi laknatullah

Kita sedia maklum bahawa dibumi palestine sejak dahulu lagi telah diceroboh oleh yahudi laknatullah dan rakyat nya mengalami penderitaan yang cukup hebat, namun disebalik semua ini rakyat palestin cuku tabah menghadapi semua ini dan mereka cukup bersemangat sekali untuk berjihad demi menegakkan tanah air mereka Allahuakbar, semoga perjuangan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda diakhirak nanti Amin. Namun adakah kita sebagai umat Islam hanya membiarkan rakyat palastin menderita sepanjang masa dan terus membiarkan mereka sahaja yang mempertahankan Tanah Air mereka serta Qiblat pertama umat islam iaitu Masjid Al-Aqsa? kalau lah kita beranggapa sedemikian benerlah seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W manusia diakhir zaman walaupun ramai umat Islam tapi hanya seperti buih dilautan yang xada nilai , Adakah kita ingin tergolong dalam golongan seperti ini? kalau lah kita ingin tergolong didalam golongan seperti ini nescaya jawablah dihadapan Allah S.W.T diakhirat kelak tentang ketidakpekaan kita serhadap saudara seagama kita pada hari itu suatu penyelesaian pun sudah tidak berguna lagi



Peristiwa terbaru serangan zionis laknatullah terhadap umat islam di gaza yang merupakan antara serangan yang terbesar setakat ini hingga mengakibatkan kira-kira 500 orang umat islam terkorban syahid di negara sendiri, hal ini sudah cukup menggambarkan betapa rakusnya mereka menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa, kekejaman tebaru yang berlaku ini jelas suatu amaran daripada Allah S.W.T bahawa umat Islam hari ni tidak boleh duduk diam lagi dengan apa yang berlaku dan perlu melakukan sesuatu untuk menentang kekejaman Israil supaya bumi ini akan kembali aman Benarlah janji Allah didalam Al-Quran "sesungguhnya peperangan diantara orang Islam dengan orang kafir tidak akan terhenti sehingga datangnya hari kiamat" didalam firman tersebut jelas meneyedarkan kita bahawa kita umat islam hari ini lah perlu menjadi hizbullah iaitu tentera Allah untiu menentang kezaliman hizbu syaitan diatas muka bumi ini walaupun diakhirnya mungkin kita tidak berkesempatan merasai keamanan yang hakiki di muka bumi ini, tetapi perjuangan untuk menegakkan agama Allah misti kita laksanakan walau denagn apa cara sekalipun supaya kita tidak disoal oleh Allah di akhirak kelak

Banyak sebenarnya cara yang boleh kita lakukan untuk menentang musuh-musuh islam dimuka bumi ini antaranya ialah:

1) Memboikot semua barangan yahudi serta dari negara musuh2 islam yang lain supaya ekonomi mereka lemah, saya merasakan sudah tiba masanya untuk kita mengatakan wajib memboikot product dari negara yahudi dan memperkenalkan lebih banyak product buatan Islam yang halal lagi suci dipasaran serta menyokong dan membeli product buatan Islam supaya effect nya cepat dirasai didalam ekonomi mereka
2) Selain dari memboikot barangan mereka kita juga perlulah berhenti dari mengamalkan budaya hindunisma atau budaya lain yang dibawa oleh barat, kesedaran ini perlulah dipupuk dalam diri anak-anak kita sejak kecil lagi kerana mereka senang terikiu2 dengan semua ini, oleh itu kita mistilah kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah kerana Al-Quran dan As-sunnah itu sendiri sudah lengkap dengan garis panduan dan tatacara kehidupan didunia ini seperti contoh didalam hiburan dan pergaulan yang membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan
3) Antara langkah lain ialah Masjid-masjid diseluruh dunia khususnya di negara ini perlulah membaca Kunut Nazilah setiap kali solat 5 waktu, ini adalah peting kerana di dalam peperangan menentang orang kafir, Kunut Nazilah adalah antara Senjata ampuh Bagi orang Islam yang tidak mempunyai senjata canggih seperi mana mereka memilikinya.
4) Setiap negara Islam Perlulah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap kes-kes yang menyentuh sensitiviti Ummat seperti yang berlaku di palestin sekarang ini untuk menunjukkan solidariti kita terhadap agama kita yang dikasihi ini.
5) Antara langkah2 diperingkat global pula ialah negara islam yang bersempadan dengan negara yahudi dan palestin perlulah membuka pintu sempadan mereka jika tidak mahu dianggap bersekongkol dengan yahudi supaya senang bantuan dari luar dapat disalurkan





Banyak lagi sebenarnya perkara2 yang bole dilakukan untuk menentang kezaliman yahudi dan sekutu2 nya terhadap umat islam, disamping kita melakukan langkah-langkah tersebut apa yang lebih penting jika kita ingin mencapai kemenangan selain daripada peperangan dan langkah-langkah yang dinyatakan diatas ialah sejauh manakah kita mengamalkan ajaran islam yang dibawa oleh nabi junjungan kita muhammad S.A.W didalam hidup kita? adakah kita lihat hukum-hukum yang digariskan didalam kitab suci kita Al-Quran dipraktikkan? adakah solat berjemaah lima waktu di masjid terutamanya solat subuh penuh seperti solat Jumaat? adakah Islam itu Menjadi cara hidup didalam pemeritahan negara-negara Islam hari ini? jika semua itu tidak diambil kira jangan mimpilah Islam akan dapat ditegakkan dengan senang sehinggalah turunnya nabi Isa A.S. Oleh itu janganlah kita anggap apa yang berlaku di palestin itu masalah mereka sahaja sebenarnya masalah yang berlaku di palestin khususnya adalah amaran Allah terhadap Orang-orang Islam untuk memberi kesedaran akan Kesilapan yang dilakukan oleh ummah hari ini yang tidak bersatu padu sering berpecah diantara negara Islam sendiri, Umat Islam hari ini ramai yang tidak mengamalkan ajaran Islam Yang sebenar yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Al-Hadis dan hasil nya kita dapat lihat apa yang berlaku dipalestin, di iraq dan peristiwa-peristiwa lain yang menimpa umat islam diakhir zaman ini supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang satu kerana islam sahajalah yang boleh menyelamatkan manusia daripada kesesatan, sekian wallahua'alam